Sabtu, 9 September 2017

SOALAN 4 ii)

ii) Rasulullah SAW telah memberikan sepenuh komitmen baginda dalam menguruskan perniagaan Siti Khadijah. Ceritakan bagaimana rasulullah SAW menjaga amanah sebagai seorang pekerja yang jujur



🔲Kejujuran nabi berdagang dengan siti khadijah 

◾Nabi menjadikan keredaan Allah sebagai matlamat utama
ã„§ Melakukan perkara terpuji agar memperolehi keberkatan

◾4 sifat terpuji yang dimiliki Baginda
ã„§Siddiq (Benar)
ã„§Amanah (Jujur)
ã„§Tabligh (Menyampaikan)
ã„§Fatonah( Bijak)

1) Jauhi tipu helah
- Mengelakkan sifat tamak
- Menegah pengeksploitasi demi kepentingan diri

2) Tidak melakukan pembohongan atau pengkhianatan dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi
- Perlu menepati dari segi spesifikasi dan kualitinya.
- Hal ini kerana, pelanggan telah meletakkan kepercayaan yang penuh dalam proses jual beli

3) Perlu bijak menguruskan perniagaan
- Bijak mengatur strategi perniagaan agar dapat bersaing dan betahan dalam pasaran niaga
Berdagang mengikut islam
- Berwaspada dalam berurusan atau menjalinkan kerjasama agar tidak ditipu sehingga mengalami kerugian.

4) Memahami bahawa perniagaan merupakan ibadah
- Memastikan etika perniagaan islam dalam bermuamalah.
- Memiliki akhlak dan perlakuan yang baik berserta ilmu dan iman yang mantap
- Menjauhi sifat sombong dan angkuh

5) Amalkanlah kesederhanaan dalam kehidupan dengan menjadikan sifat tawaduk, tunduk dan insaf sebagai paksi kehidupan di dunia sebagai hamba Allah

🔲 Cara rasulullah berniaga

1) Tidak pernah berdebat
- Tidak menyakiti hati peniaga lain
- Hal ini kerana, perniagaan nabi sentiasa lurus dan tepat pada kiraannya

2) Teknik menjual yang unik
- Nabi manjualnya dengan memberitahu harga pokoknya dan pembeli bayarlah dengan harga yang mereka persetujui
- Pembeli merasa puas hati dan rasa tidak tertipu
- Nabi menjual pada harga modal jika pembelinya benar-benar miskin dan memerlukan barang itu
Jual Beli
- Ia kerana nabi bertimbang rasa dan mempunyai rasa belas kasihan

3) Sentiasa tersenyum
- Menjadikan senyuman sebagai satu tarikan 
- Ditambah dengan tutur kata yang sopan menjadikan pelanggannya senang untuk berurusniaga dengan baginda

4) Jujur
- Kejujuran merupakan elemn utama dalam perniagaan
- Membangunkan hubungan kepercayaan diantara peniaga dan pelanggan

5) Tidak bersumpah palsu
- Rasulullah mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya, mengandungi unsur riba dan pasaran gelap
- Keberakatan diperolehi dengan berterus-terang jika tidak Allah menghapuskan keberkatan dalam perniagaan orang yang berbohong dan menutupi kecatatan barangan mereka

6) Lemah lembut
- Rasul mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut
- Allah turut memberkati dan mencucuri rahmat kepada orang berbuat baik ketika ia berjual, membeli, membuat tuntutan

7) Bukan mengejar harta semata-mata
- Disamping bekerja untuk menyara keluarga dengan rezeki yang halal baginda turut, mengukuhkan potensi agar orang kaya tampil untuk menghulurkan modal
- Hal ini, digalakkan dalam islam kerana terdapat unsur bantu-membantu

8) Fasih tutur kata
- Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tega, dan dapat difahami oleh orang yang mendengarnya.

Tiada ulasan: