Sabtu, 9 September 2017

SOALAN 4 i)

i) Senaraikan empat tanggungjawab majikan dan empat tanggungjawab bekerja


TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

a) Menyediakan kerja yang tidak menyalahi agama/syariat
 - Setiap majikan perlu menyedari bahawa setiap kegiatan menjalankan kerja mestilah halal
 - Nabi S.A.W pernah bersabda " barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, 
 maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah
   
b) Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang akan dilakukan
  - Majikan mempunyai hak untuk memilih kerja di bawahnya. Jadi sudah terang lagi bersuluh, 
 pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan pekerjaan yang akan dilakukannya

c) Membayar upah/ ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan
  - Pekerja mempunyai hak untuk mempunyai ganjaran yang setimpal mengikut pekerjaan yang 
 dilakukannya. Pembayaran upah perlulah berlandaskan polisi ,peraturan, & keadaan organisasi.

d) Melindungi hak & kebajikan pekerja
 - Majikan hendaklah menjaga keperluan dan kepentingan pekerjanya. Hal ini, kerana untuk 
 memastikan hubungan sesama manusia terjaga.


TANGGUNGJAWAB PEKERJA 

a) Menyiapkan kerja tepat pada waktunya 
 - Pekerja seharusnya berusaha menyiapkan segala tugas atau kerja yang diberi tepat pada waktunya

b) Menyerahkan hasil keuntungan kepada majikan
 - Seseorang pekerja perlulah menyerahkan segala keuntungan yang diterima syarikat sepenuhnya 
kepada majikan kerana ia merupakan sesuatu amanah

c) Bersatu padu dalam melaksanakan tugas
 - Setiap kakitangan pekerja haruslah bersatu padu atau berganding bahu dalam melakukan sesuatu
 kerja. Hal ini, sesuatu kerja dapat disiapkan dengan sempurna dan tepat pada masanya.

d) Berkhidmat kepada majikan dengan penuh amanah
  - Sikap amanah perlu ditanam dalam diri setiap pekerja dalam sama ada melibatkan urusan    peribadi atau kemasyarakatan . Setiap manusia juga perlulah sedar bahawa setiap kegiatan apa yang kita lakukan di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti



Tiada ulasan: