Sabtu, 9 September 2017

LAMPIRAN

LAMPIRAN



Carta organisasi



Contoh carta organisasi syarikat IKEA






Contoh carta organisasi McDonald's

ALHAMDULILAH SYUKUR
...SEKIAN...

RUJUKAN

SUMBER RUJUKAN 

1) http://www.management.utm.my/download/jurnal-kemanusiaan/bil-03-jun-2004/100-ganjaran-intrinsik-dan-ekstrinsik-dan-hubungannya-dengan-komitmen-terhadap-organisasi-satu-kajian-d/file.html



3) https://albakriah.Wordpress.com

4) http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=majikan

5) http://dpm2pdi.blogspot.my/2016/08/6-tanggungjawab-majikan-dan-pekerja.html?m=1

KESIMPULAN

KESIMPULAN 

Secara kesimpulannya, setiap organisasi perlu membentuk suatu sistem pengurusan sumber manusia yang bersesuaian bagi membolehkan organisasi bersaing dalam persekitaran perniagaan yang amat mencabar pada masa kini. Organisasi-organisasi yang berjaya berupaya memahami kepentingan membentuk suatu sistem pengurusan sumber manusia yang efektif. Pada masa kini, organisasi-organisasi di seluruh dunia mula menggaji pakar-pakar sumber manusia untuk membantu mereka membentuk dan melaksanakan polisi serta prosedur bagi tujuan mengrekrut, membangun dan mengekalkan para pekerja. Salah satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia adalah memilih dan mengambil pekerja yang sesuai untuk bekerja di dalam organisasi. Bagi menjalankan misi ini dengan jayanya, beberapa langkah perlu diambil termasuk menyediakan analisis kerja, menarik sekumpulan pemohon yang berkelayakan untuk memohon kerja, mengumpul maklumat, menawarkan pekerjaan kepada calon yang berjaya dan mengendalikan program induksi untuk pekerja baru. Oleh yang demikian, atas faktor impak yang sangat besar, HRIS seharusnya diberikan tumpuan yang lebih dan teliti kerana ia melibatkan sumber manusia dan pengurusannya. Kesempurnaan dalam pengurusan HRIS akan menguntungkan dari segi pelaburan yang telah dibuat untuk mendapatkan hasil yang diharapkan. HRIS mesti lebih mantap dari masa ke semasa kerana sumber manusia di organisasi itulah yang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam usaha meningkatkan produktiviti dan tahap daya saing organisasi itu.

SOALAN 4 iii)

iii) Berikan definisi ganjaran ekstrinsik dan berikan dua contohnya


🔲 DEFINISI GANJARAN EKSTRINTIK DAN DUA CONTOH

Pemberian ganjaran merupakan aspek paling penting dalam dunia pekerjaan. Ganjaran juga dapat mempengaruhi motivasi pekerja dan sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi. Sesebuah organisasi harus mengetahui betapa pentingnya ganjaran itu dalam mempengaruhi kualiti dan produktiviti.

Seperti yang telah kita ketahui pengertian ganjaran ialah imbalan. Segala sesuatu yang telah kita lakukan pada akhirnya pasti akan menghasilkan sebuah ganjaran yang baik mahupun buruk sesuai dengan apa yang telah dilakukan. Sehingga ganjaran dalam organisai merupakan suatu imbalan yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja kerana sudah bekerja atau menyumbangkan tenaganya kepada suatu organisasi. Dan juga merupakan sesuatu yang dikehendaki dan dihargai oleh pekerja kerana ia merupakan satu pengakuan.

Ganjaran ialah suatu bentuk penghargaan atau faedah yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja atas prestasi baik yang ditunjukkan.Ganjaran terbahagi kepada dua iaitu ganjaran ekstintik dan instrinsik.

Ganjaran ekstrinsik ialah ganjaran berbentuk kewangan yang dibayar secara langsung kepada pekerja seperti gaji atau upah, bonus, elaun dan pampasan. Ganjaran intrinsik pula ialah ganjaran yang bukan berbentuk kewangan iaitu seperti penghargaan, penghormatan dan sanjungan.

l  Ganjaran ekstrinsik ialah ganjaran berbentuk kewangan yang dibayar secara langsung kepada pekerja seperti gaji atau upah, bonus, elaun dan pampasan.

l  ganjaran ekstrinsik pula mengandungi unsur-unsur seperti gaji dan imbuhan, kenaikan pangkat atau peluang untuk maju dalam organisasi, iklim sosial, dan keadaan kerja fizikal.

l  Ganjaran ekstrinsik dan ganjaran intrinsik merupakan prediktor penting daripada keterlibatan kerja dan komitmen efektif, tetapi ia bukanlah komitmen yang berterusan (Mahfoud Ahmed Ghalib, 2006). Tambahan pula organisasi dalam persekitaran hari ini berusaha untuk menentukan keseimbangan yang munasabah di antara komitmen pekerja dan prestasi organisasi




CONTOH GANJARAN EKSTRINSIK

-Biasanya ganjaran ekstrinsik ini diberi dalam bentuk kewangan seperti kenaikan gaji, bonus, program keuntungan bersama dan komisen
l  Kenaikan gaji
   -Di dalam syarikat-syarikat kecil di mana tidak ada system gaji yang tetap
   -Majikan mudah untuk memberi ganjaran kepada mereka yang cemerlang dalam tugas pada bila-bila masa

l  Bonus dan program keuntungan bersama

-Bonus boleh diberi berdasarkan tahap pencapaian individu atau kumpulan. Ia adalah sejumlah wang yang diberi secara langsai apabila prestasi luar biasa ditunjukkan.


l  Ganjaran dalam bidang pendidikan

-Di dalam system pendidikan para pendidik diberi pilihan untuk mengambil samada pencen atau KWSP. Bgi mereka yang memilih pencen, mana-mana pekerja yang menunggalkan profesion mereka sebelum tempoh pencen yang di tetapkan, tidak akan mendapat pencen mereka sama sekali.

SOALAN 4 ii)

ii) Rasulullah SAW telah memberikan sepenuh komitmen baginda dalam menguruskan perniagaan Siti Khadijah. Ceritakan bagaimana rasulullah SAW menjaga amanah sebagai seorang pekerja yang jujur



🔲Kejujuran nabi berdagang dengan siti khadijah 

◾Nabi menjadikan keredaan Allah sebagai matlamat utama
ã„§ Melakukan perkara terpuji agar memperolehi keberkatan

◾4 sifat terpuji yang dimiliki Baginda
ã„§Siddiq (Benar)
ã„§Amanah (Jujur)
ã„§Tabligh (Menyampaikan)
ã„§Fatonah( Bijak)

1) Jauhi tipu helah
- Mengelakkan sifat tamak
- Menegah pengeksploitasi demi kepentingan diri

2) Tidak melakukan pembohongan atau pengkhianatan dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi
- Perlu menepati dari segi spesifikasi dan kualitinya.
- Hal ini kerana, pelanggan telah meletakkan kepercayaan yang penuh dalam proses jual beli

3) Perlu bijak menguruskan perniagaan
- Bijak mengatur strategi perniagaan agar dapat bersaing dan betahan dalam pasaran niaga
Berdagang mengikut islam
- Berwaspada dalam berurusan atau menjalinkan kerjasama agar tidak ditipu sehingga mengalami kerugian.

4) Memahami bahawa perniagaan merupakan ibadah
- Memastikan etika perniagaan islam dalam bermuamalah.
- Memiliki akhlak dan perlakuan yang baik berserta ilmu dan iman yang mantap
- Menjauhi sifat sombong dan angkuh

5) Amalkanlah kesederhanaan dalam kehidupan dengan menjadikan sifat tawaduk, tunduk dan insaf sebagai paksi kehidupan di dunia sebagai hamba Allah

🔲 Cara rasulullah berniaga

1) Tidak pernah berdebat
- Tidak menyakiti hati peniaga lain
- Hal ini kerana, perniagaan nabi sentiasa lurus dan tepat pada kiraannya

2) Teknik menjual yang unik
- Nabi manjualnya dengan memberitahu harga pokoknya dan pembeli bayarlah dengan harga yang mereka persetujui
- Pembeli merasa puas hati dan rasa tidak tertipu
- Nabi menjual pada harga modal jika pembelinya benar-benar miskin dan memerlukan barang itu
Jual Beli
- Ia kerana nabi bertimbang rasa dan mempunyai rasa belas kasihan

3) Sentiasa tersenyum
- Menjadikan senyuman sebagai satu tarikan 
- Ditambah dengan tutur kata yang sopan menjadikan pelanggannya senang untuk berurusniaga dengan baginda

4) Jujur
- Kejujuran merupakan elemn utama dalam perniagaan
- Membangunkan hubungan kepercayaan diantara peniaga dan pelanggan

5) Tidak bersumpah palsu
- Rasulullah mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya, mengandungi unsur riba dan pasaran gelap
- Keberakatan diperolehi dengan berterus-terang jika tidak Allah menghapuskan keberkatan dalam perniagaan orang yang berbohong dan menutupi kecatatan barangan mereka

6) Lemah lembut
- Rasul mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut
- Allah turut memberkati dan mencucuri rahmat kepada orang berbuat baik ketika ia berjual, membeli, membuat tuntutan

7) Bukan mengejar harta semata-mata
- Disamping bekerja untuk menyara keluarga dengan rezeki yang halal baginda turut, mengukuhkan potensi agar orang kaya tampil untuk menghulurkan modal
- Hal ini, digalakkan dalam islam kerana terdapat unsur bantu-membantu

8) Fasih tutur kata
- Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tega, dan dapat difahami oleh orang yang mendengarnya.

SOALAN 4 i)

i) Senaraikan empat tanggungjawab majikan dan empat tanggungjawab bekerja


TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

a) Menyediakan kerja yang tidak menyalahi agama/syariat
 - Setiap majikan perlu menyedari bahawa setiap kegiatan menjalankan kerja mestilah halal
 - Nabi S.A.W pernah bersabda " barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, 
 maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah
   
b) Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang akan dilakukan
  - Majikan mempunyai hak untuk memilih kerja di bawahnya. Jadi sudah terang lagi bersuluh, 
 pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan pekerjaan yang akan dilakukannya

c) Membayar upah/ ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan
  - Pekerja mempunyai hak untuk mempunyai ganjaran yang setimpal mengikut pekerjaan yang 
 dilakukannya. Pembayaran upah perlulah berlandaskan polisi ,peraturan, & keadaan organisasi.

d) Melindungi hak & kebajikan pekerja
 - Majikan hendaklah menjaga keperluan dan kepentingan pekerjanya. Hal ini, kerana untuk 
 memastikan hubungan sesama manusia terjaga.


TANGGUNGJAWAB PEKERJA 

a) Menyiapkan kerja tepat pada waktunya 
 - Pekerja seharusnya berusaha menyiapkan segala tugas atau kerja yang diberi tepat pada waktunya

b) Menyerahkan hasil keuntungan kepada majikan
 - Seseorang pekerja perlulah menyerahkan segala keuntungan yang diterima syarikat sepenuhnya 
kepada majikan kerana ia merupakan sesuatu amanah

c) Bersatu padu dalam melaksanakan tugas
 - Setiap kakitangan pekerja haruslah bersatu padu atau berganding bahu dalam melakukan sesuatu
 kerja. Hal ini, sesuatu kerja dapat disiapkan dengan sempurna dan tepat pada masanya.

d) Berkhidmat kepada majikan dengan penuh amanah
  - Sikap amanah perlu ditanam dalam diri setiap pekerja dalam sama ada melibatkan urusan    peribadi atau kemasyarakatan . Setiap manusia juga perlulah sedar bahawa setiap kegiatan apa yang kita lakukan di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti



PENDAHULUAN DAN OBJEKTIF




PENDAHULUAN

Assalamualaikum , 

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan kurniaNya kami dapat menyiapkan folio kami yang telah kami usahakan selama ini. Folio ini amat penting buat kami kerana ia merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek 'pengurusan dalam islam'.

          Organisasi merupakan suatu perhubungan yang melibatkan orang yang dipimpin & memimpin berasaskan matlamat yang sama dalam sebuah syarikat. Organisasi juga merupakan suatu sistem gerak kerja yang dilakukan bersama. Manakala majikan ialah individu atau badan yang bertanggungjawab menawarkan pekerjaaan bagi sesuatu syarikat. Seterusnya, pengertian bagi pekerja pula adalah individu yang menyumbang tenaga (mental dan fizikal) disamping menerima upah, gaji atau imbalan yang dipersetujui. Gambaran bagi sebuah penubuhan syarikat atau organisasi mempunyai gabungan peranan di antara syarikat majikan dan pekerja secara umum.


OBJEKTIF


💗 Mengenal pasti tanggungjawab yang dipikul oleh majikan dan pekerja dalam organisasi.
💗 Mengakaji sifat kejujuran Rasulullah S.A.W dalam menjaga amanah sewaktu menguruskan perniagaan siti khadijah.

💗 Mendalami ciri-ciri pengurusan berdasarkan prinsip syariah

Khamis, 7 September 2017

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN


BIL
PERKARA
1
PENGENALAN

2
PENDAHULUAN
3
OBJEKTIF
4
ISI DAN HURAIAN
5
KESIMPULAN
6
RUJUKAN
7
LAMPIRAN

Rabu, 6 September 2017

PENGENALAN




DUA2022
(PENGURUSAN DALAM ISLAM)
NAMA PENSYARAH : PUAN SALINA BINTI MAT SEHOR
KELAS:DPM2B
SESI: JUN 2017

TAJUK:
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA


STUDENT’S NAME
 MATRIC NUMBER
NUR SYASMIZA BINTI ZAMRI
10DPM16F2017
NUR AMIRAH LIYANA BINTI SYUKOR
10DPM16F2032
NUR AISYA BINTI MOHD SHAFIEE
10DPM16F2071
IRZATI BINTI GHAZALI
10DPM16F2060